Thursday, 13 November 2014

Apa Itu Lelah (Asma)

Asma adalah satu penyakit radang sistem pernafasan yang kronik, di mana salur pernafasan menjadi:
  • Merah.
  • Bengkak.
  • Menghasilkan lendir berlebihan.
  • Mudah terangsang (hypersensitive).
Apabila terdedah kepada rangsangan atau faktor pencetus, salur pernafasan menjadi sempit dan ini menyebabkan kesukaran bernafas.

Tahap serangan asma berubah mengikut masa bergantung kepada pendedahan terhadap pencetus dan ubat kawalan asma.

Apakah faktor pencetus?
Ada beberapa faktor pencetus yang menyebabkan gejala asma. Ada faktor pencetus yang biasa kepada semua pengidap asma, manakala ada antaranya bergantung kepada individu tersebut. Antara faktor pencetus asma adalah:
  • Jangkitan virus pada sistem pernafasan.
  • Merokok.
  • Perubahan cuaca.
  • Alahan pada debunga seperti house dust mile, kulat dan binatang peliharaan.
  • Senaman.
  • Bahan perangsang seperti minyak wangi, bau cat dan habuk lantai.
  • Makanan dan perasa tambahan makanan.
  • Ubat seperti aspirin atau lain-lain ubat tahan sakit (NSAIDs atau pain killer).
  • Emosi.
  • Gastro-oesophageal reflux (Pengaliran asid dari dalam perut ke atas).
Apakah gejala asma?
Gejala utama adalah:
  • Batuk.
  • Batuk di waktu malam (waktu tidur).
  • Rasa ketat di dada (nafas berbunyi seperti wisel).
  • Susah bernafas.
Apakah tanda-tanda asma?
  • Sebahagian dari kanak-kanak tiada tanda perubahan fizikal semasa bebas dari serangan asma.
  • Dada berbentuk dada burung (Barrel-shape chest) dapat dielakkan sekiranya asma dapat dikawal dengan baik.
  • Adanya tanda-tanda penyakit ekzema dan resdung (allergic rhinitis) juga menyokong diagnosa asma.
Tanda kelihatan lebih jelas sewaktu serangan asma. Kanak-kanak mungkin mengalami:
  • Nafas berbunyi (Audible wheeze).
  • Susah untuk menghembus nafas (breath out).
  • Nafas laju.
  • Denyutan jantung cepat.
Serangan yang teruk menyebabkan kanak-kanak :
  • Kelihatan gelisah.
  • Letih lesu.
  • Bimbang.
  • Kulit berpeluh dan sejuk.
  • Warna kebiruan pada bibir dan kuku.
  • Penurunan pada bacaan peak flow berbanding kadar bacaan peak flow terbaik individu tersebut (predicted value or personal best).
Apakah jenis rawatan asma?
Ubat asma terbahagi kepada 3 jenis:
  1. Ubat Pencegah
Ubat ini dapat mengelakkan serangan asma dengan mengawal radang di sistem pernafasan. Ia bertindak dengan mengurangkan bengkak dan pembentukan lendir di sistem pernafasan.
  1. Ubat Pelega
Ubat ini bertindak dengan mengendurkan otot-otot pernafasan dan ini seterusnya akan membuka salur pernafasan yang sempit.
  1. Ubat kawalan
Ubat ini bertindak mengendurkan otot pernafasan dan mengekalkan salur pernafasan dalam keadaan terbuka buat masa yang lama. Ia digunakan untuk kes serangan asma yang teruk.
Apa yang perlu dilakukan untuk mengawal asma?
  • Elakkan faktor pencetus asma.
  • Gunakan ubat pencegah setiap hari mengikut arahan doktor.
  • Gunakan ubat asma dengan cara yang betul.
  • Kenali tanda serangan asma dan dapatkan rawatan awal.
  • Ikut arahan pelan tindakan asma yang diberi oleh doktor.
  • Rawatan susulan yang berkala sebagaimana arahan doktor.
Bolehkah asma disembuhkan?
Asma hanya boleh dikawal tetapi tidak boleh disembuhkan. Sebahagian kanak-kanak pulih semasa usia meningkat remaja, manakala sebahagiannya mendapat gejala yang lebih teruk.
Ramai kanak-kanak akan bebas daripada asma, walau bagaimanapun ada gejala asma yang menyerang kembali di kemudian hari.
Sumber dari : MyHealth Kementeian Kesihatan Malaysia

Wednesday, 12 November 2014

Kelas Jahitan Pertama secara Rasmi

Bukan rasmi sangat kan. cuma yang betul-betul belajar dengan guru jahitan.  Saya ditawarkan berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia pada usia 22 Tahun.  Muda lagi dah berjauhan dari keluarga. Keluarga di Pahang saya di Putrajaya. Tapi sebenarnya saya dah biasa berjauhan dengan keluarga. Muka budak asrama.

Saya menyewa rumah di Flat Hijau (Flat depan Petronas Precint 9). Sekarang dah tukar kaler kelabu. Rutin harian, pergi kerja dan balik kerja. Memang tak de kerja lain. Nak berdating tak ada boipren lagi. Saya pulak dapat rakan serumah yang memang tak keluar rumah sangat.  Jadi, lepas balik kerja, kemas apa yang patut, kemudian terus tidur. Memang membosankan.

Satu hari saya baru balik kerja, sampai di rumah ada wakil dari Pusat Epal sedang buat demo Mesin Jahit Ringgo. Buat pencil Box. Memang cantik. Kakak serumah yang sedang layan. Kak Sal ajak saya dengar sekali. So dengan tak de perasaan saya pun duduk dengar sekali. Tapi saya yang bayar deposit dan beli mesin jahit tu. Mungkin minat dah ada kan.

Lepas dah ada mesin jahit tu, Pusat Epal ada tawarkan belajar secara percuma di Pusat Epal mana-mana.  Macam mana nak pergi, pengangkutan tak ada. Tapi saya sibuk cari pusat jahit sekitar Putrajaya.  Saya fikir amat susah kalau tak ada pengangkutan nak bergerak. Fikir punya fikir, saya beli motor jenis Yamaha Nouvo. Dah ada kenderaan nak bergerak, tak ada alasan lagi nak belajar menjahit.

Saya daftar kelas menjahit dengan Kak Wan. Kedainya atas pasar Precint 8. RM400.00 dengan 4 jenis baju pilihan masing-masing. Masa tu yang beria saya ajak ialah EO kat opis, Puan Azliana. Memang sporting. Memang dia nak. So dah ada geng kan. Belajar Baju Kurung, Baju Kurung Kedah, Baju Blouse dan Kebarung. Tetapi saya sempat habiskan dua jenis je. Baju Kurung dan Baju kurung Kedah. Yang lain tu, ada kisahnya.

Saya praktikan ilmu yang saya belajar dengan menjahit baju kurung saya sendiri. Memang tak ambil tempahan pun.

so, baju kurung saya tak perlu hantar ke tukang jahit. Jimat kos. Beli kain murah-murah kemudian jahit sendiri.

Banyak juga kain yang terbuang sebab tak menjadi. tapi tak mematahkan semangat saya untuk terus praktikan ilmu menjahit.

Sekarang saya dah jimat kos upah menjahit. Baju anak perempuan saya pun, saya jahit sendiri.
Sampaikan encik suami kata, setiap tahun ada peruntukan khas untuk saya shopping kain. Sebab encik suami tak perlu nak tanggung kos upah menjahit.  Beli la banyak mana pun kain, kalau malas tak pakai baju baru. Kikiki. Bijak betul encik suami.

Kenangan Belajar Menjahit

Sejak kecil memang dunia saya didedahkan dengan jahitan.  Ma memang pandai menjahit. Tapi baju kurung je la. Walau menjahit baju kurung, tetapi dengan tempahan dari jiran-jiran mampu menampung belanja seharian.  Itulah pendapatan sampingan yang ma buat masa kami kecik dahulu.
Dari ambil upah jahit baju kanak-kanak sehingga baju kurung orang dewasa.  Saya memang diajar untuk belajar menjahit secara tidak formal dari darjah enam.  Memang susah sebab tak minat.  Apa yang Ma saya buat nak bagi minat adalah dengan memberi sedikit upah kalau tolong beliau.  Saya diajar dengan jahitan mata lalat dan tulang belut. Jahitan mata lalat atau tulang belut biasanya digunakan sebagai kemasan pada leher baju kurung.  Dari tak pandai dan tak kemas, lama-lama semakin cantik dan kemas.  Dari sehelai seminggu ke tiga helai sehari dapat siapkan.
Bermula dari tingkatan Satu, saya tolong Ma ambil upah jahit mata lalat. Seminggu dapat 5 helai baju. L:aju kan saya jahit. Tapi kemas tau. selagi tak kemas, Ma tak kan lepaskan.  Bulan puasa memang saya dapat banyak upah. Dari Rm2.00 sehelai baju sehingga upah meningkat kepada Rm3 sehelai. Kadang-kdang tukang jahit bermurah hati bagi 3 helai RM10. Bulan puasa memang pulun kumpul duit. Bila time nak shopping raya, saya memang seronok, sebab ada duit sendiri untuk belanja.
Saya boleh shopping barang kegemaran saya. Best kan
Kini hobi tu saya teruskan sehingga kini. Sekarang saya dah pandai jahit baju kurung, baju kurung moden, jubah dan kain kembang payung.
Mana saya belajar?
Tentulah kelas belajar menjahit kan. Nanti saya kongsikan di mana saya belajar menjahit.

Thursday, 6 November 2014

Hatiku FRAGILE

Fragile bermaksud mudah pecah, mudah rosak, yang rapuh, mudah terjejas.
Hari ni, hati ini sangat fragile. Baru dugaan sikit nak nangis. Kene tegur sikit bertakung air mata. Ya Allah dugaan padaku. Aku redha Ya Allah. 
Dugaan. Semua manusia akan diduga. Dugaan kecik atau besar mahupun cepat atau lambat. Semua akan merasa. Kuat atau lemah sahaja untuk mengharungi dan menangani.
Ketika masalah datang, Usah sibuk mencari jalan keluar. Sebaliknya Banyakkan berdoa pada Allah. Pada Allah sahaja ada jalan keluar. Usah sombong dengan Allah. Allah suka kita meminta-minta. Minta pada Allah lambat atau cepat Allah perkenankan. Minta pada manusia hampa jawapannya. 
Barangkali apa yang kita suka itu aa buruknya. Namun apa yang kita benci itu ada baiknya.
Bagaimana saya ubati hati yang fragile . Solat Dhuha. Ya Allah hebatnya solat Dhuha ini. Selepas solat dhuha saya menangis semahunya tanpa malu. Saya minta dengan Allah supaya dipermudahkan segala urusan. Masya Allah. Hari saya tenang dan bahagia.
Cubalah. Anda pasti rasa perbezaan.
Lain orang lain caranya.
Moga Allah memberkati kita hari ini.


Azura Ruseli

Sunday, 2 November 2014

Tahniah Tok Gajah

Skuad Tok Gajah melakar kejayaan manis untuk tahun 2014. Skuad Tok Gajah juga menang piala Malaysia buat kali ke empat dengan menewaskan JDT 5-3 menerusi sepakan penalti.
Walaupun tak dapat join di Stadium Bukit Jalil namun tetap menyokong dari rumah. Setiap minit adalah debaran. Fuh.... Sesak napas menanti. Hihihi
Encik suami je merasai nikmat berada di stadium dengan ribuan penyokong. Dampai rumah pun 4 pagi. Berbaloi jugak la..
Apapun pada skuad yg gagal ke final, tahun depan boleh cuba lagi. Adat bertanding ada kalah dan menang. Usaha tangga kejayaan.
Tok gajah dihatiku dan sokmo terbaik.

Sunday, 12 October 2014

Mindset

Think Positif

Sebelum sang ayah menghembuskan nafas terakhir, dia
memberi pesan kepada kedua anaknya :
“Anakku, dua pesan penting yang ingin ayah sampaikan
kepadamu untuk keberhasilan hidupmu”
“Pertama : Jangan sesekali menagih hutang daripada sesiapa pun”
“Kedua : Jangan sesekali tubuhmu terkena terik
matahari secara langsung”


5 TAHUN BERLALU:
Sang ibu menjenguk anak sulungnya
dengan kedudukan perniagaannya yg sgt mendukacitakan.
Si ibu pun bertanya “Wahai anak sulungku kenapa kedudukan perniagaanmu demikian?”.
Si sulung menjawab : “Saya mengikuti pesan ayah bu…
Saya dilarang menagih hutang drpd siapapun
sehingga banyak hutang yang tidak dibayar dan lama²
habislah modal saya..
Pesan yang kedua ayah melarang saya terkena sinar
matahari secara langsung dan saya hanya hanya ada sebuah motorsikal, itulah sebabnya pergi dan pulang
kerja saya selalu naik teksi”.


Kemudian sang ibu pergi ke tempat si bungsu yang
keadaannya berbeda jauh.
Si bungsu sukses
menjalankan bperniagaannya.
Sang ibu pun bertanya “Wahai anak bungsuku, hidupmu
sedemikian beruntung, apa rahasianya…?”
Si bungsu menjawab : “Ini karena saya mengikuti
pesan ayah bu..


Pesan yang pertama saya dilarang
menagih hutang kepada siapapun. Oleh karena itu
saya tidak pernah memberikan hutang kepada siapapun
sehingga modal saya tetap kukuh”.
“Pesan kedua saya dilarang terkena sinar matahari
secara langsung, maka dengan motorsikal yang saya ada
saya selalu berangkat sebelum matahari terbit dan
pulang setelah matahari terbenam, sehingga para
pelanggan tahu kedai saya buka lebih awal dan tutup
lebih lewat”.


Perhatikan..


Si Sulung dan Si Bungsu menerima pesan yang SAMA,
namun masing² memiliki penafsiran dan sudut pandang
atau MINDSET berbeda.


Mereka MELAKUKAN cara yang
berbeda sehingga mendapatkan HASIL yang berbeda
pula.


Hati² lah dengan Mindset kita..
Mindset positif memberi hasil menakjubkan, sebaliknya
mindset negatif memberikan hasi l menghancurkan.
Think positif .....


The choice is yours..!








Puan Azura
Shaklee Independent Distributor  [ID :1065141]
Phone : 019-2422 007 | azura.ruseli@gmail.com | Fb : Azura Ruseli
COD : Putrajaya/Cyberjaya/Dengkil

Saturday, 27 September 2014

Sayangi Ibu Bapa

Sebuah teksi berhenti dibelakang kereta isteri saya yg menghantar saya untuk rawatan.Driver teksi keluar mengambil wheel chair kerana orang tua yg dibawanya tak berupaya berjalan.Saya tolong menyorong ke dalam dan duduk disebelahnya."Saya tengok Tn Hj selalu dihantar oleh teksi,tak ada anak ka?Soal saya memula bicara."Isteri dah meninggal.Anak dah kerja dan dah kahwin,tinggal berasing.Saya tak mahu suruh anak hantar kerana saya takut mereka berdosa kerana menolak,memberi alasan,atau menghantar dg masam perasaan.Biarlah saya upah teksi."Dia diam sejenak.Saya dah bersedia mendengar luahan hatinya."Sekarang saya sedar,kita bela anak untuk menyenangkan hidupnya.Jangan mengharap untuk menyenangkan hidup kita."Dia mula mengesat air mata."Dosa berkata uuh! pun sudah cukup besar pd seorang anak,inikan mula menolak,memberi alasan dan bermuka masam bila diminta sesuatu.Biarlah,saya anggap saya sudah menamatkan tugas memelihara mereka.Biarlah mereka merenangi hidup tanpa diganggu."Allahuakbar!.Saya pula yg menitis air mata

 Kata-katanya benar benar meredupkan hati saya.Bukan tak pernah menolak permintaan ayah,bukan pernah memberi alasan utk tidak menunai permintaannya,bukan tak pernah bermasam muka dgnya.Ya.Allah.Orang tua ini bukan sahaja berjaya menunai tanggungjawabnya,tetapi melakukan lebih lagi dg mengelak anak anak terjerumus dosa.

 Ayah dan emak siapa juga, akan mengorbankan seluruh kudrat yg ada demi kesejahteraan anak, yg lahir bukan atas paksaan tetapi naluri yg tuhan jadikan.Jauh disudut hati mereka mengharap anak anak tempat bergantung dihari tua.Tetapi bagai dikata oleh orang tua yg saya temui,akhirnya bila zaman berubah, banyak anak yg terlupa,yg terlalpa bila sibuk mengejar dunia,ada anak yg hilang pertimbangan antara bapa yg telah tak berupaya serta membebankan dg dunia yg perlu dihambat.Bapa yg baik akan meneruskan pengorbanannya seperti orang tua yg saya ceritakan,sehingga akhir hayatnya.

 Berhentilah memberi alasan kpd ibu dan bapamu kerana mereka tak pernah memberi alasan utk memenuhi permintaan mu kecuali bila mereka benar-benar tidak berupaya!!
 Alfatihan utk kedua ibubapa kita...



Selitkan dalam doa selepas solat kita setiap hari. 




Pn Azura
Shaklee Independent Distributor [ID No: 1065141]
Phone: 019-2422007 | azura.ruseli@gmail.com | Fb : Azura Ruseli
Putrajaya/Cyberjaya/Dengkil

Saturday, 30 August 2014

Gelang Getah

Teringat zaman kanak-kanak di jengka dulu-dulu. masa kecik macam-macam musim permainan silih berganti. Kalau budak perempuan musin main  lompat getah, congkak, buat gelang. Budak lelaki pulak main basikal, lastik burung, main air paya, pergi tangguk ikan. Tetapi kalau dah nama budak Felda tu segala musim permainan mesti main bersama-sama budak lelaki. Antara yang boleh main dengan bersama antaranya ialah main sorok, main baling tin atau selipar, main kejar-kejar, main basikal, panjat pokok, main paya. memang best... Balik je sekolah mesti tak sabar nak kumpul reramai cipta nak main apa ari ni.
Sekarang bila dah ada anak, anak pulak bawak balik macam-macam permainan.
yang terbaru kakak Hana nak gelang getah.Nasib baik pernah ternampak anak jiran depan rumah, main gelang getah tu. Jadi, dapat bayangkan apa yang kakak Hana cerita tu.
Minggu lepas kakak ada mintaduit RM1. katanta nak beli gelang getah dengan kawan. RM 1 jer... Hari Jumaat bagi duit RM2 pada kakak Hana suruh belikan dua gelang. Belikan adik Hadif sama. Kemain suka pergi sekolah hari tu. Siap cium ummi dua kali lagi. Oh anak...
Ambil kakak Hana dekat Aulad petang tu, dia bagtau kawan yang jual gelang getah tu tak datang. Merata sebut nama orang suh belikan. Kejap-kejap dia sebut. Hari ni, kawan aya Uncle Nazri n family datang. So ummi jamu laksa Penang dan Kuah kacang. Lepas uncle Nazri balik, Ayah ajak pergi bayar Astro. Anak beranak ikut ayah sebab nak naik JEK. Lalu depan kedai tu ada mesin telo yang kene masukkan 50 sen utk beli. Kakak Hana nampak mesin telo tu ada jual gelang getah. beri dia nak beli. Ummi masukkan duit kemudian pulas. tak mahu keluar pulak. mungkin duit dah penuh. Kecewa betul kakak Hana. Sampai tertidur dalam kereta.
Ummi ajak ayah pergi cari kat Pustaka Rawang Precint 9. Alhamdulillah ada. tapi kene buat sendiri. Nasib baik ada manual. belek punya belek. menjadi la gelang getah tu.
 Jom share cara nak buat gelang getah ni.

DIY POP

 Manual nak buat

Barang2 yang terlibat
Alatan Utama

1.Silangkan getah

2.Masukkan dua getah di atas

3.Tarik getah yang silang tu guna batang

4.Tarik getah sebelah kanan keluar pada batang 

 5.Tarik  getah sebelah kiri keluar pada batang
6.Tambah satu getah, kemudian tarik keluar getah yang bawah sekali seperti No.3 dan 4

Tambah satu getah dan ulang langkah No. 3, 4 dan 5 sehingga dapat panjang yang sesuai dengan pergelangan tangan


Cukup sesuai di tangan

Untuk sambungkan getah

Cantumkan hujung dengan hujung getah

Dah cantum

Hasilnya dah boleh pakai

Sekian, selamat mencuba.




Saturday, 9 August 2014

Kisah Benar - Lelaki Tuan Berkain pelikat

Cerita ini agak panjang, tetapi teruskan membaca kerana banya manfaat yang bakal kita dapat.
Cerita ini asalnya dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Dato’ Roslan Ab Hamid. Dan ia mendapat perhatian ramai dengan menerima jumlah like dan komen yang tinggi. Cerita ini memberi inspirasi kepada orang ramai bagaimana mahu hidup dengan lebih bermakna di atas muka bumi ini. Kami kongsikan kisah Lelaki Tuan Berkain Pelikat ini di bawah. Enjoy!
Saya jumpa lelaki tua ini. Selalu lepas Asar dia iktikaf di masjid.
Baca al Quran. Umur 70an. Duduk rumah dekat masjid.
Rumah agam besar dan menarik.
Hartanya disana sini, bangunan komesil tengah bandar. Milikan RM35juta. Pendapatan pasif kutip sewa RM70,000 sebulan. Belanja RM20,000. RM50,000 sedekah dan infaq.
Dia tenang bersendirian meladeni anak cucu.
Saya mahu ambil gambar. Dia menolak. katanya malu.
Saya minta formula. Dia berikan 15. Saya catat dan mahu kongsikan. Bolehkah saya kongsikan?
#1 – Pertama, dia kata muliakan ibu bapa. Doa ibubapa adalah segala galanya. Ia tiada hijab terus termakbul. Raikan ibubapa. jaga mereka sepanjang usia. Doakan mereka apabila telah tiada.
#2 – Jaga masa. Ia datang dan berakhir. Urus masa antara 5 waktu solat. Atur kerja dengan sebaik cara. Pada setiap waktu ada perkara yang kita mulakan. Ada di masjid sebelum azan. masuk waktu terus solat. Selepas solat bertebaran berusaha cari rezeki.
#3 – Berdoa dengan khusyuk. Serah pada Allah. Tawakal. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.
#4 – Namun begitu kena usaha. Usaha pagi petang siang malam. Usaha sungguh sungguh. Usaha bermula dengan pasang niat. Lepas itu buat buat buat. Sampai dapat. Tidak dapat, usaha lain pula. Masa buat baca al Quran. Maka dia pun nasihatkan saya,
“Orang yang membaca surah Al-Ikhlas satu kali sama ganjarannya dengan memperoleh ganjaran membaca sepertiga Al-Quran. Jadi jika membaca surat Al-Ikhlas tiga kali mendapat ganjaran seperti membaca satu Al-Quran.
Rasulullah SAW pernah bertanya “Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit?” Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah UmarAl Khattab r.a telah mengatakan adalah mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat.
Ali Abi Talib r.a pun membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juzuk kitab Al-Quran. Apabila membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juzuk Al-Quran.
Sabda Rasullullah SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ sebanyak 3 kali, dikurniakannya pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”
Lelaki tua itu berkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas. Kadang kadang sampai 1000 kali sehari. Dan tiap lepas asar masa dia iktikaf dan baca Al Quran.
#5 – Jaga Kesihatan. Jaga kesihatan. jaga kesihatan. Banyak berjalan kaki. Banyak. minum air masak atau air mineral. Jaga makanan.Kata lelaki tua ini lagi:
#6 – Hidup kena buat target. Ada wawasan. Ikat perut. Usah membazir. Mula dengan makanan. Makanan dan minuman mesti habiskan. Usah lagak orang kaya, padahal kita teman pada syaitan. Sentiasa belanja orang. Makan dikedai kecil. Perhatikan kebersihan kedai. Apabila bersih masuk. Disitu kita temui ramai orang susah. Belanja mereka..
#7 – Waktu maghrib usah ada atas jalan. Apabila dalam perjalanan berhenti. Cari masjid. Apabila dirumah, tutup pintu rapat rapat. Malam buang sampah sarap. Basuh pinggan mangkuk. Pastikan semua teratur sebelum tidur. Gunakan waktu antara maghrib dan isyak untuk tuntut ilmu agama. Boleh dengar orang mengajar. Boleh juga baca kitab. Lepas Isyak buat kira kira untung rugi. Siapkan bahan dan pakaian untuk kerja esok hari.
#8 – Usah takut jumpa orang. Walaupun 5 minit mahu berjumpa. Pergi sendiri. Usah pakai posmen apabila depani soal penting. Kita rangkak panjat bangunan. Tunggu. Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan. yang penting sampaikan dengan tangan sendiri.Tenung mata dan baca “ayat ayat pengasih”. Hehehe. (Nota tambahan: Surah Yusuf: Ayat 4)
#9 – Balik malam, usah cakap penat. Usah cakap letih. Usah cakap sakit. Apabila sakit senyum. Allah sedang luruhkan dosa. Lepas sakit kita lagi bertenaga. Siapakah dalam dunia yang tidak pernah rasa sakit. Jatuh. dihina. Semua termasuk Rasulullah SAW. Namun, baginda ajar kita maafkan semua orang.
#10 – Niat mahu kaya. Niat mahu bantu ramai orang. Niat mahu jadi manusia berguna.Niat itu macam tulis surat. Dulu tiada internet, Macam tulis surat la. Salah tulis alamat akan sampai salah tempatlah surat itu. Maka tulis alamat betul betul. Niat mahu kaya, supaya kita dapat bantu ramai lagi orang. Mahu membahagiakan ramai orang.
#11 – Mula berniaga, usah buat pinjaman. Cukup dengan apa yang ada ditangan. Itu masa kita belajar. Berniaga ini seni. Kita sahaja tahu maksud lakaran. Terbakar tangan biasa. Namun, dengan duit sedikit kita tak rasa sangat panasnya. Usah samakan orang dengan kita. Mereka lain tak serupa.
(Kedai mula mula di mulut sahaja.) Senyum mesra, mulut manis. Usah sombong.sentiasa tegur dan sapa manusia. Kita berniaga dengan manusia.Berniaga dengan siapa sahaja. Andai kata kita kaki surau. Berniaga dengan orang surau tidak jadikan kita kaya. Berniaga dengan semua orang walaupun dia haprak keparat. Yang penting tunai. Ada duit kita cerita. Ada barang kita jual.
#12 – Modal kita adalah daya penarik yang pada diri kita. Daya penarik adalah ciri yang ada dalam diri yang buat orang lain rasa senang dengan kita. Cari ilmu tentang produk. Apabila orang tanya jawab dengan lancar dan petah. Jelas. sebut satu demi satu. Usah ragu ragu dan termanggu. Kongsi bukan jual. Ingat sentiasa kongsi dengan semangat membara. Orang jatuh cinta dengan semangat kita.
#13 – Apa lagi..ahaaa..masa mula niaga biar mendalam dulu. Usah cepat mahu melebar.Fahamkah apa pakcik cakap. Maksudnya biar berjaya satu demi satu. Apabila mula guna modal sendiri, kemudian buat sungguh sungguh sampai berjaya. Lepas dah nampak hasil, mula lebarkan. Masa itu boleh la mahu buat pinjaman. Kita sudah ada ilmu bisnes.
(Cukuplah tu. Masa ni Lelaki Tua Berkain Pelikat sudah mahu berhenti. Saya senyum peluk dia dan kata, “baharu ada 13 anak sungai di syurga. Tambah sampai 20?. Saya buat contengan kata dia dalam kepala)
#14 – Kita kena buat promosi apa jua yang kita bisnes. Produk tak boleh bercakap.Sejak bila pula lah produk boleh bercakap. Orang kena tahu apa yang kita buat. Caranya buka bank emosi dengan setiap pelanggan kita. Pelanggan yang puas hati datang lagi. Datang lagi. Sekarang pun Pak Cik masih buat bisnes sikit sikit. Perumahan. Pak Ciik buat limarumah sekali siap. Siap baharu jual. Pak Cik buat cantik. Jual mahal. Orang beratur mahu beli. Jual barang siap. Usah jual barang dalam laut yang tidak tahu tersangkut pada pukat atau tidak. Tidak berkat begitu.
#15 – Apabila bisnes sudah maju, usah berlagak. Dahulu Pak Cik suka gunting rambut kedai Nawi. Dia tanya “Bagaimana Pak Cik mahu gunting rambut? Pak Cik jawab , “Dengan senyap senyap tapi cantik”. Anak fahamkah apa Pak Cik cakap ni? Jawab saya, “Faham Pak Cik, saya juga gunting rambut disitu sejak umur 15 tahun”. Hehehe. Maksudnya usah gosip sana gosip sini, balun orang sana balun orang sini. Usah peduli rambut atas kepala orang lain. Apa yang utama rambut kita tersisir rapi.Bijak anak ni. Apa nama? Yesss. Dia sudah tanya nama saya. Maknanya saya sudah dapat Mentor Lelaki Tua Berkain Pelikat.
#16 – Anak..ingat kita hidup sungguh sebentar, macam main bola sahaja. 90 minit tamatlah permainan. Itulah lebih kurang bandingan hidup didunia ini. Kita kejar bola. Cuba jaringkan gol. Apabila sampai tiupan wisel, tahulah keputusan. Apabila malaikat maut datang jemput kita, habislah kita. Ada dunia kekal abadi di sana. Usahlah kita berlagak sombong masa berjalan atas bumi Tuhan ini.
Paku yang nampak tidak rapat ke papan, akan diketuk oleh Tuan Rumah. Itulah perumpamaan hidupan. Rapat ke bumi. Sujud pada Tuhan.
Bacalah surah ar Rahman ayat 46, “Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua syurga”
#17 – Pak Cik bersyukur sampai ke tahap ini. Pak cik bersyukur. Syukur itu tandanya apabila Pak Cik rasa tak layak terima, namun Allah berikan juga. Pak Cik habiskan masa dalam waktu kecemasan ini dengan memandang yang memberi nikmat bukan pada nikmatnya. Anakku bersyukurlah. Masih punya masa mengatur tapak menjejaki orang hebat dalam agama.
Dunia ini tidak lebih dari sayap nyamuk sahaja. Usah letak dunia di hati. Tetapi berusahalah supaya dunia dalam genggaman tangan kita. Pak Cik pakai kereta besar, bukan untuk apa namun Pak Cik mahu menikmati apa rasa sayap nyamuk itu. Kalau sayap nyamuk itu sudah rasa nikmatnya, bayangkan nikmat di syurga.
#18 – Anak… Apabila mahu makan nasi, dapatkan beras. Cakap cakap dan sembang sembang tidak hasilkan beras. Rajin usaha. sampai waktu solat. Solat itu tiang agama. Usah terjerat dengan penyakit umat akhir zaman. Mereka cintakan dunia. Takutkan mati. Hakikatnya mati itu pasti. Namun, jangan kerana takutkan mati duduk atas masjid semata mata dan harapkan hidangan turun dari langit.
Tidak boleh begitu. Cuba beri masa untuk semua perkara. Umur macam Pak Cik sekarang, hari hari biasa, 6 jam tidur. 6 jam bekerja. 6 jam duduk atas masjid. 6 jam bersama anak cucu cicit. Anak, ada Pak Cik ingat, Nabi SAW sebut, “Peliharalah lidahmu, luaskan rumahmu dan tangislah dosamu”. Cuba anak check siapa perawinya. (nota: Hadis riwayat at Tirmizi)
#19 – Anakku kita bukan orang sufi. Mereka lain. Kita orang biasa,
“Apabila kemiskinan datang bertandang mengetuk di pintu, kasih sayang segera terbang keluar ikut jendela. Saat itu sahabat dekat mula menjauh, kesusahan bagaikan banjir besar menghanyutkan segalanya pergi dan ianya hanya kembali apabila kita kaya semula”
Rajinlah berusaha. Wang bukan segala galanya. Namun banyak perkara dalam dunia sekarang perlukan wang anakku. Wang bukan raja. Wang adalah hamba perkasa yang memudahkan banyak perkara. ramai orang sedikit sedikit sebut Tuhan, pada hal hati mereka bersimpang simpang.
#20 – Cuba sedaya upaya supaya ada wuduk pada tubuh kita. Ianya adalah cara terbaik cucikan diri. Cuba mandi setiap kali sebelum masuk waktu. Tidak dapat kerana banyak masa di pejabat, mandi 3 kali sehari. Sebelum subuh, sebelum maghrib dan sebelum isya’. InsyaAllah kita rasa bersih dan tenang dari segi luaran. Sewaktu berdiri mahu solat, rasakan ketakutan luar biasa. Kita sedang menghadap Allah Raja dan Tuan kepada segala Raja.

Shaklee Independent Distributor
Azura Ruseli
019 2422 007
Putrajaya/Dengkil/Bangi/Cyberjaya

Tuesday, 1 July 2014

Salah Anggap Tentang Supplement

Salah Anggap tentang SUPPLEMENT


•Supplement adalah ubat – TIDAK. Supplement bukan ubat. Ubat terdiri daripada   bahan jenis dadah yang ‘asing’ untuk tubuh kita. Supplement adalah vitamin-vitamin pembina tubuh yang diperlukan oleh tubuh badan kita.

•Kita tak perlu vitamin sebab dah cukup makan – Bila diselidiki diet harian kita, kebanyakan yang kita makan tu HAMPAS sahaja.

•Semua supplement sama saja – TIDAK. Kebanyakan supplement di pasaran adalah dari sumber sintetik. Suplemen terdiri dari 3 jenis : sintetik, organik dan semulajadi. Yang terbaik tentunya supplement semulajadi.

•Supplement memberi kesan sampingan – BETUL sekiranya ia dari sumber sintetik. Suplement semulajadi TIDAk memberi kesan sampingan.

 •Supplement diperlukan oleh orang kurang nutrisi seperti mangsa kebuluran sahaja – TIDAK. Supplement adalah untuk orang yang mementingkan kesihatan. Cukuplah 5 saja dulu.
Tahukah anda kebanyakan rasa penat, letih, lesu, stress adalah antara petanda anda kekurangan vitamin?


Credit : Mommy Lyna

Shaklee Independent Distributor
Azura Ruseli
019 2422 007
Putrajaya/Dengkil/Bangi/Cyberjaya