Thursday, 13 November 2014

Apa Itu Lelah (Asma)

Asma adalah satu penyakit radang sistem pernafasan yang kronik, di mana salur pernafasan menjadi:
  • Merah.
  • Bengkak.
  • Menghasilkan lendir berlebihan.
  • Mudah terangsang (hypersensitive).
Apabila terdedah kepada rangsangan atau faktor pencetus, salur pernafasan menjadi sempit dan ini menyebabkan kesukaran bernafas.

Tahap serangan asma berubah mengikut masa bergantung kepada pendedahan terhadap pencetus dan ubat kawalan asma.

Apakah faktor pencetus?
Ada beberapa faktor pencetus yang menyebabkan gejala asma. Ada faktor pencetus yang biasa kepada semua pengidap asma, manakala ada antaranya bergantung kepada individu tersebut. Antara faktor pencetus asma adalah:
  • Jangkitan virus pada sistem pernafasan.
  • Merokok.
  • Perubahan cuaca.
  • Alahan pada debunga seperti house dust mile, kulat dan binatang peliharaan.
  • Senaman.
  • Bahan perangsang seperti minyak wangi, bau cat dan habuk lantai.
  • Makanan dan perasa tambahan makanan.
  • Ubat seperti aspirin atau lain-lain ubat tahan sakit (NSAIDs atau pain killer).
  • Emosi.
  • Gastro-oesophageal reflux (Pengaliran asid dari dalam perut ke atas).
Apakah gejala asma?
Gejala utama adalah:
  • Batuk.
  • Batuk di waktu malam (waktu tidur).
  • Rasa ketat di dada (nafas berbunyi seperti wisel).
  • Susah bernafas.
Apakah tanda-tanda asma?
  • Sebahagian dari kanak-kanak tiada tanda perubahan fizikal semasa bebas dari serangan asma.
  • Dada berbentuk dada burung (Barrel-shape chest) dapat dielakkan sekiranya asma dapat dikawal dengan baik.
  • Adanya tanda-tanda penyakit ekzema dan resdung (allergic rhinitis) juga menyokong diagnosa asma.
Tanda kelihatan lebih jelas sewaktu serangan asma. Kanak-kanak mungkin mengalami:
  • Nafas berbunyi (Audible wheeze).
  • Susah untuk menghembus nafas (breath out).
  • Nafas laju.
  • Denyutan jantung cepat.
Serangan yang teruk menyebabkan kanak-kanak :
  • Kelihatan gelisah.
  • Letih lesu.
  • Bimbang.
  • Kulit berpeluh dan sejuk.
  • Warna kebiruan pada bibir dan kuku.
  • Penurunan pada bacaan peak flow berbanding kadar bacaan peak flow terbaik individu tersebut (predicted value or personal best).
Apakah jenis rawatan asma?
Ubat asma terbahagi kepada 3 jenis:
  1. Ubat Pencegah
Ubat ini dapat mengelakkan serangan asma dengan mengawal radang di sistem pernafasan. Ia bertindak dengan mengurangkan bengkak dan pembentukan lendir di sistem pernafasan.
  1. Ubat Pelega
Ubat ini bertindak dengan mengendurkan otot-otot pernafasan dan ini seterusnya akan membuka salur pernafasan yang sempit.
  1. Ubat kawalan
Ubat ini bertindak mengendurkan otot pernafasan dan mengekalkan salur pernafasan dalam keadaan terbuka buat masa yang lama. Ia digunakan untuk kes serangan asma yang teruk.
Apa yang perlu dilakukan untuk mengawal asma?
  • Elakkan faktor pencetus asma.
  • Gunakan ubat pencegah setiap hari mengikut arahan doktor.
  • Gunakan ubat asma dengan cara yang betul.
  • Kenali tanda serangan asma dan dapatkan rawatan awal.
  • Ikut arahan pelan tindakan asma yang diberi oleh doktor.
  • Rawatan susulan yang berkala sebagaimana arahan doktor.
Bolehkah asma disembuhkan?
Asma hanya boleh dikawal tetapi tidak boleh disembuhkan. Sebahagian kanak-kanak pulih semasa usia meningkat remaja, manakala sebahagiannya mendapat gejala yang lebih teruk.
Ramai kanak-kanak akan bebas daripada asma, walau bagaimanapun ada gejala asma yang menyerang kembali di kemudian hari.
Sumber dari : MyHealth Kementeian Kesihatan Malaysia

Wednesday, 12 November 2014

Kelas Jahitan Pertama secara Rasmi

Bukan rasmi sangat kan. cuma yang betul-betul belajar dengan guru jahitan.  Saya ditawarkan berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia pada usia 22 Tahun.  Muda lagi dah berjauhan dari keluarga. Keluarga di Pahang saya di Putrajaya. Tapi sebenarnya saya dah biasa berjauhan dengan keluarga. Muka budak asrama.

Saya menyewa rumah di Flat Hijau (Flat depan Petronas Precint 9). Sekarang dah tukar kaler kelabu. Rutin harian, pergi kerja dan balik kerja. Memang tak de kerja lain. Nak berdating tak ada boipren lagi. Saya pulak dapat rakan serumah yang memang tak keluar rumah sangat.  Jadi, lepas balik kerja, kemas apa yang patut, kemudian terus tidur. Memang membosankan.

Satu hari saya baru balik kerja, sampai di rumah ada wakil dari Pusat Epal sedang buat demo Mesin Jahit Ringgo. Buat pencil Box. Memang cantik. Kakak serumah yang sedang layan. Kak Sal ajak saya dengar sekali. So dengan tak de perasaan saya pun duduk dengar sekali. Tapi saya yang bayar deposit dan beli mesin jahit tu. Mungkin minat dah ada kan.

Lepas dah ada mesin jahit tu, Pusat Epal ada tawarkan belajar secara percuma di Pusat Epal mana-mana.  Macam mana nak pergi, pengangkutan tak ada. Tapi saya sibuk cari pusat jahit sekitar Putrajaya.  Saya fikir amat susah kalau tak ada pengangkutan nak bergerak. Fikir punya fikir, saya beli motor jenis Yamaha Nouvo. Dah ada kenderaan nak bergerak, tak ada alasan lagi nak belajar menjahit.

Saya daftar kelas menjahit dengan Kak Wan. Kedainya atas pasar Precint 8. RM400.00 dengan 4 jenis baju pilihan masing-masing. Masa tu yang beria saya ajak ialah EO kat opis, Puan Azliana. Memang sporting. Memang dia nak. So dah ada geng kan. Belajar Baju Kurung, Baju Kurung Kedah, Baju Blouse dan Kebarung. Tetapi saya sempat habiskan dua jenis je. Baju Kurung dan Baju kurung Kedah. Yang lain tu, ada kisahnya.

Saya praktikan ilmu yang saya belajar dengan menjahit baju kurung saya sendiri. Memang tak ambil tempahan pun.

so, baju kurung saya tak perlu hantar ke tukang jahit. Jimat kos. Beli kain murah-murah kemudian jahit sendiri.

Banyak juga kain yang terbuang sebab tak menjadi. tapi tak mematahkan semangat saya untuk terus praktikan ilmu menjahit.

Sekarang saya dah jimat kos upah menjahit. Baju anak perempuan saya pun, saya jahit sendiri.
Sampaikan encik suami kata, setiap tahun ada peruntukan khas untuk saya shopping kain. Sebab encik suami tak perlu nak tanggung kos upah menjahit.  Beli la banyak mana pun kain, kalau malas tak pakai baju baru. Kikiki. Bijak betul encik suami.

Kenangan Belajar Menjahit

Sejak kecil memang dunia saya didedahkan dengan jahitan.  Ma memang pandai menjahit. Tapi baju kurung je la. Walau menjahit baju kurung, tetapi dengan tempahan dari jiran-jiran mampu menampung belanja seharian.  Itulah pendapatan sampingan yang ma buat masa kami kecik dahulu.
Dari ambil upah jahit baju kanak-kanak sehingga baju kurung orang dewasa.  Saya memang diajar untuk belajar menjahit secara tidak formal dari darjah enam.  Memang susah sebab tak minat.  Apa yang Ma saya buat nak bagi minat adalah dengan memberi sedikit upah kalau tolong beliau.  Saya diajar dengan jahitan mata lalat dan tulang belut. Jahitan mata lalat atau tulang belut biasanya digunakan sebagai kemasan pada leher baju kurung.  Dari tak pandai dan tak kemas, lama-lama semakin cantik dan kemas.  Dari sehelai seminggu ke tiga helai sehari dapat siapkan.
Bermula dari tingkatan Satu, saya tolong Ma ambil upah jahit mata lalat. Seminggu dapat 5 helai baju. L:aju kan saya jahit. Tapi kemas tau. selagi tak kemas, Ma tak kan lepaskan.  Bulan puasa memang saya dapat banyak upah. Dari Rm2.00 sehelai baju sehingga upah meningkat kepada Rm3 sehelai. Kadang-kdang tukang jahit bermurah hati bagi 3 helai RM10. Bulan puasa memang pulun kumpul duit. Bila time nak shopping raya, saya memang seronok, sebab ada duit sendiri untuk belanja.
Saya boleh shopping barang kegemaran saya. Best kan
Kini hobi tu saya teruskan sehingga kini. Sekarang saya dah pandai jahit baju kurung, baju kurung moden, jubah dan kain kembang payung.
Mana saya belajar?
Tentulah kelas belajar menjahit kan. Nanti saya kongsikan di mana saya belajar menjahit.

Thursday, 6 November 2014

Hatiku FRAGILE

Fragile bermaksud mudah pecah, mudah rosak, yang rapuh, mudah terjejas.
Hari ni, hati ini sangat fragile. Baru dugaan sikit nak nangis. Kene tegur sikit bertakung air mata. Ya Allah dugaan padaku. Aku redha Ya Allah. 
Dugaan. Semua manusia akan diduga. Dugaan kecik atau besar mahupun cepat atau lambat. Semua akan merasa. Kuat atau lemah sahaja untuk mengharungi dan menangani.
Ketika masalah datang, Usah sibuk mencari jalan keluar. Sebaliknya Banyakkan berdoa pada Allah. Pada Allah sahaja ada jalan keluar. Usah sombong dengan Allah. Allah suka kita meminta-minta. Minta pada Allah lambat atau cepat Allah perkenankan. Minta pada manusia hampa jawapannya. 
Barangkali apa yang kita suka itu aa buruknya. Namun apa yang kita benci itu ada baiknya.
Bagaimana saya ubati hati yang fragile . Solat Dhuha. Ya Allah hebatnya solat Dhuha ini. Selepas solat dhuha saya menangis semahunya tanpa malu. Saya minta dengan Allah supaya dipermudahkan segala urusan. Masya Allah. Hari saya tenang dan bahagia.
Cubalah. Anda pasti rasa perbezaan.
Lain orang lain caranya.
Moga Allah memberkati kita hari ini.


Azura Ruseli

Sunday, 2 November 2014

Tahniah Tok Gajah

Skuad Tok Gajah melakar kejayaan manis untuk tahun 2014. Skuad Tok Gajah juga menang piala Malaysia buat kali ke empat dengan menewaskan JDT 5-3 menerusi sepakan penalti.
Walaupun tak dapat join di Stadium Bukit Jalil namun tetap menyokong dari rumah. Setiap minit adalah debaran. Fuh.... Sesak napas menanti. Hihihi
Encik suami je merasai nikmat berada di stadium dengan ribuan penyokong. Dampai rumah pun 4 pagi. Berbaloi jugak la..
Apapun pada skuad yg gagal ke final, tahun depan boleh cuba lagi. Adat bertanding ada kalah dan menang. Usaha tangga kejayaan.
Tok gajah dihatiku dan sokmo terbaik.