Tersedar dari mimpi. tersedar dari tidur. tersedar dari kelalaian. Terima kasih Ya Allah hadirkan aku ilmu ini. Semasa menGOOGLE zikir seharian, terjumpa mengenai kehebatan Ya Wahhab iaitu Maha Pemberi. Semalam 28.10.2013 cuba amalkan zikir ini sambil bekerja dan di rumah. Tak terkira berapa kerana tak de counter. Really Amazing sms order untuk Jamu Kampung 2 Set. dan Sahabat membayar hutang. Maha Suci Allah. itulah apa yang saya rasa. Di sini saya suka nak sharing kelebihan dengan praktis zikir Al-Wahhab ini. Antaranya ialah dengan praktis zikir Al-Wahhab ini.
Maksudnya: AL-WAHHAB, Yang Sentiasa Memberi. Allah s.w.t.mencurahkan rahmatNya ke atas makhlukNya.Dia Maha Pemberi.
Rahsia kehebatannya:
1->Menjadi terkaya dan terkenal Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap solat fardhu,insya Allah anda akan dikurniakan kekayaan,kemakmuran dan kemasyhuran.Jika anda mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca Ya Wahhab 41 kali di sujud yang terakhir,insya Allah anda akan dirahmati dengan harta yang banyak.Peluang akan datang dengan mudah sekali.
2->Permintaan dimakbulkan Siapa yang membaca Ya Wahhab 7 kali sebelum meminta sesuatu,insya Allah permintaanNya akan diperkenankan.Jika dibaca 100 kali dengan tangan menadah ke langit,doa anda akan dimakbulkan.
3->Mencari pekerjaan Siapa yang tidak mempunyai pekerjaan atau sangat miskin,hendaklah dia mengamalkan solat sunat,kemudian sujud dan membaca 70 kali Ya Wahhab.Dia akan mendapat makanan tanpa disangka-sangka(dari kawan,jiran atau seumpamanya).
4->Membayar hutang Jika anda mempunyai hutang yang banyak tetapi tidak ada wang untuk membayarnya,kerjakanlah sembahyang sunat hajat atau nafil 2 rakaat selepas tengah malam setiap Khamis selepas Maghrib dan Isyak,kemudian memalingkan wajah ke langit dan membaca Ya Wahhab 111 kali.Kemudian hendaklah dia membaca Al-Fatihah dan ini hendaklah dilakukan 3 malam berturut-turut(tiga Khamis).Insya Allah keperluan anda akan tersedia dan hutang akan dapat dilangsaikan.
5->Menjauhi kelaparan Baca Ya Wahhab 41 kali di sujud terakhir solat Zuhur,insya Allah anda tidak akan merasa lapar.
6->Dimakbulkan doa Baca Ya Wahhab 7 kali selepas berdoa pada bila-bila masa,kemusykilan anda akan terjawab dan permintaan anda akan diperkenankan,insya Allah.
7->Membebaskan diri Jika ditangkap oleh musuh atau pendapatan anda tidak mencukupi,bacalah Ya Wahhab 100 kali selama 3 hingga 7 malam selepas solat sunat nafil 2 rakaat di tengah malam.Insya Allah anda akan berasa bebas atau mendapat rezeki yang banyak. Untuk permulaan kita boleh praktis amal dalam 100x sehari, esok lusa kita up lagi. Lama-lama inshaaAllah zikir a-wahhab ini akan jadi amalan kita.
Saya cadangkan sahabat-sahabat semua amalkan 100 kali sehari. Insya Allah banyak yang anda bakal perolehi.
Credit Choose more INFORMATION OVERLOAD
Salam Sayang
Azura Ruseli