Wednesday, 9 October 2013

Jom berubah

Hidup perlukan perubahan. Dari bayi kita melalui beberapa fasa perubahan untuk sampai tahap umur sekarang. tidak kira berapa umur kita 20an, 30an, 40an, atau 50an. Seriap hari kita mnelalui perubahan dengan kehidupan sekeliling kita. Nak atau tak nak, kita perlu hadap jugak kan. Jadi kenapa perlu takut nak berubah demi diri kita dan orang sekeliling kita. Kasi redah je. Jangan pedulikan apa anggapan orang lain terhadap kita. Pedulikan apa tanggapan diri kita kepada kita. Apa pun perubahan yang kita nak buat, niatkan dalam hati semoga perubahan kita dapat dikongsi dan menambah nilai orang lain yang hampir dengan kita. Sebagai manusia kita perlu bersyukur kerana dikurniakan hati dan minda yang sebenarnya boleh dikawal oleh kita sendiri. Apa yang kita nak ubah? Ubah diri kita dulu, barulah sekeliling kita turut berubah. Contohnya jika kita nak berubah jadi JUTAWAN, kita kene ubah cara kita berfikir, cara kita berkawan, cara kita menuntut ilmu. Orang kata kalau nak bau wangi setiap hari, berkawan la dengan si penjual minyak wangi. So kita terpaksa WANGI. Betl ke betul. Saya suka kaitkan perubahan diri saya ke arah minda JUTAWAN. Bila saya menjadi JUTAWAN, berapa ramai orang yang saya dapat membantu menambah nilai hidup mereka. menggembirakan mereka. Sebenarnya untuk sesuatu berubah, ubah lah diri kita dulu. Berubah sedikit demi sedikit. Lama-lama menjadi bukit. Lagi teruk dari tak berubah lansung kan. Semoga Allah sentiasa hadirkan HidayahNya untuk kita sentiasa memperbaiki diri kita setiap hari. Salam sayang Azura Ruseli

No comments:

Post a Comment