Tuesday, 29 October 2013

Zikir Ya Wahhab

Tersedar dari mimpi. tersedar dari tidur. tersedar dari kelalaian. Terima kasih Ya Allah hadirkan aku ilmu ini. Semasa menGOOGLE zikir seharian, terjumpa mengenai kehebatan Ya Wahhab iaitu Maha Pemberi. Semalam 28.10.2013 cuba amalkan zikir ini sambil bekerja dan di rumah. Tak terkira berapa kerana tak de counter. Really Amazing sms order untuk Jamu Kampung 2 Set. dan Sahabat membayar hutang. Maha Suci Allah. itulah apa yang saya rasa. Di sini saya suka nak sharing kelebihan dengan praktis zikir Al-Wahhab ini. Antaranya ialah dengan praktis zikir Al-Wahhab ini.

Maksudnya: AL-WAHHAB, Yang Sentiasa Memberi. Allah s.w.t.mencurahkan rahmatNya ke atas makhlukNya.Dia Maha Pemberi.

Rahsia kehebatannya:

1->Menjadi terkaya dan terkenal Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap solat fardhu,insya Allah anda akan dikurniakan kekayaan,kemakmuran dan kemasyhuran.Jika anda mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca Ya Wahhab 41 kali di sujud yang terakhir,insya Allah anda akan dirahmati dengan harta yang banyak.Peluang akan datang dengan mudah sekali.

 2->Permintaan dimakbulkan Siapa yang membaca Ya Wahhab 7 kali sebelum meminta sesuatu,insya Allah permintaanNya akan diperkenankan.Jika dibaca 100 kali dengan tangan menadah ke langit,doa anda akan dimakbulkan.

3->Mencari pekerjaan Siapa yang tidak mempunyai pekerjaan atau sangat miskin,hendaklah dia mengamalkan solat sunat,kemudian sujud dan membaca 70 kali Ya Wahhab.Dia akan mendapat makanan tanpa disangka-sangka(dari kawan,jiran atau seumpamanya).

4->Membayar hutang Jika anda mempunyai hutang yang banyak tetapi tidak ada wang untuk membayarnya,kerjakanlah sembahyang sunat hajat atau nafil 2 rakaat selepas tengah malam setiap Khamis selepas Maghrib dan Isyak,kemudian memalingkan wajah ke langit dan membaca Ya Wahhab 111 kali.Kemudian hendaklah dia membaca Al-Fatihah dan ini hendaklah dilakukan 3 malam berturut-turut(tiga Khamis).Insya Allah keperluan anda akan tersedia dan hutang akan dapat dilangsaikan.

5->Menjauhi kelaparan Baca Ya Wahhab 41 kali di sujud terakhir solat Zuhur,insya Allah anda tidak akan merasa lapar.

6->Dimakbulkan doa Baca Ya Wahhab 7 kali selepas berdoa pada bila-bila masa,kemusykilan anda akan terjawab dan permintaan anda akan diperkenankan,insya Allah.

7->Membebaskan diri Jika ditangkap oleh musuh atau pendapatan anda tidak mencukupi,bacalah Ya Wahhab 100 kali selama 3 hingga 7 malam selepas solat sunat nafil 2 rakaat di tengah malam.Insya Allah anda akan berasa bebas atau mendapat rezeki yang banyak. Untuk permulaan kita boleh praktis amal dalam 100x sehari, esok lusa kita up lagi. Lama-lama inshaaAllah zikir a-wahhab ini akan jadi amalan kita.

Saya cadangkan sahabat-sahabat semua amalkan 100 kali sehari. Insya Allah banyak yang anda bakal perolehi.


Credit Choose more INFORMATION OVERLOAD

Salam Sayang
Azura Ruseli

Thursday, 24 October 2013

BREASTFEEDING

Semalam (23.10.13) terima call dari kak Nooral iaitu ofismate. kak Nooral baru lepas bersalin anak ke tiga. Kak Nooral nak pinjam Pam susu elektrik. saya kata ok. Tapi dalam hati (manalah aku simpan pam susu tu yerk). hehehe. Pam tu dah dua tahun ku simpan tapi tak pasti kat mana. Kadang-kadang terpikir nak cari. cari dalam almari kat dapur x dak juga. cari dalam almari dalam bilik tak dak jugak. puas fikir kot2 la ada orang pinjam. x nampak jugak. last2 tanya suami pun x pasti kat mana simpan nya benda alah tu. Semalam lepas solat isyak, terus operasi mencari. Rupenya berbungkus dalam plastik dalam wardrobe bilik utama. ish3.... Memang saya dah niat nak bagi pinjam jer pada sesiapa yang nak menyusukan bayi dengan susu badan. Saya kan menyokong 100% penyusuan susu ibu.
Teringat kenangan menyusukan Hana dan Hadif. Hana sempat dalam 11 bulan jer. sebab dah mengandungkan Hadif. Ramai orang kata kalau mengandung x bagus menyusukan anak. koita pun follow jer. Ilmu cetek kan. Rupanya kalau kita amalkan supplement yang baik dapat menampung nutrien dan zat dalam badan kita, elok lah kita susukan anak walaupun mengandung. Masa perjalanan menyusukan Hana banyak kekurangan info. pendedahan pasal vitamin untuk membanyak kan susu pun kurang. macam2 makan untuk tambah susu. Baca petua kata Lobak putih boleh banyakkan susu. ku pun buat la. Buah longan pun banyakkan susu, ku pun buat. Seksa hidupku. ku cekalkan hati sebab nak Hana dapat sepenuhnya susu ibu.
Perjalanan menyusukan Hadif amat manis dan mudah. Mungkin kita selalu bermonolog dan minta pertolongan Allah. Allah permudahkan segalanya. Alhamdulillah... lepas menGoogle baru jumpa vitamin yang banyak memudahkan perjalanan penyusuan susu ibu. iaitu SHAKLLEE. Beli dengan Kak Cery (Now dah jutawan). Set yang ku beli ESP (Energezing Soy Protin) Vitamin C, Vitamin B dan Multivitamin. Memang berbeza denga pengambilan set Shaklee ni. Susu banyak, pekat d
an anak pun sihat dan gebu. Best kan. memang kita nak yang terbaik untuk anak kita. So pada mereka diluar sana yang masih ragu2 lagi nak menyusukan anak sampai 2 tahun, buang jauh2 perasan tu. Niatkan dalam hati, Mohon pertolongan dengan Yang Maha Kuasa. Insya allah segalanya dipermudahkan.


Inilah baby Shaklee yang dapat genap dua tahun walaupun ada gak bercampur dengan susu kambing 

Saya Baby Shaklee...Yeah..

encem tak saya




Salam Sayang
Azura Ruseli
Shaklee Independent Distributor


Wednesday, 23 October 2013

Bersyukur

alhamdulillah. Terima kasih Allah atas nikmat dan segala kurniaan yang telah diterima dan akan diterima. Terima kasih semua anggota badan saya kerana masih berfungsi dengan bail. Terima kasih suami kerana menjaga dan menyayangi diri ini. Terima kasih anak-anak kerana mendengar kata ummi. terima kasih semua kerana menceriakan hidup saya. Saya sangat bersyukur dengan apa yang dimiliki hari ini.
Bersyukur adalah sebuah rasa terima kasih dan penghargaan yang mendalam atas sebuah pemberian dari Yang Maha Kuasa walau apapun bentuk pemberian. Setiap hari kita perlu besrsyukur dengan apa yang kita ada dan apa yang kita dapat. Semakin kita bersyukur, bertambah banyak perkara-perkaraq positif akan berlaku disekeliling kita.Bersyukur juga adalah alat pembuka rezeki dan nikmat dengan lebih banyak lagi. Setiap hari selepas bangun tidur nyatakan kesyukuran kita dengan ucapan terima kasih. Pasti hidup lebih bahagia dan positif

 "Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri" (Luqman: 12)

 "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka sesungguhnya azabKu sangat pedih" (Ibrahim: 7)




Salam sayang
Azura Ruseli

Wednesday, 9 October 2013

Jom berubah

Hidup perlukan perubahan. Dari bayi kita melalui beberapa fasa perubahan untuk sampai tahap umur sekarang. tidak kira berapa umur kita 20an, 30an, 40an, atau 50an. Seriap hari kita mnelalui perubahan dengan kehidupan sekeliling kita. Nak atau tak nak, kita perlu hadap jugak kan. Jadi kenapa perlu takut nak berubah demi diri kita dan orang sekeliling kita. Kasi redah je. Jangan pedulikan apa anggapan orang lain terhadap kita. Pedulikan apa tanggapan diri kita kepada kita. Apa pun perubahan yang kita nak buat, niatkan dalam hati semoga perubahan kita dapat dikongsi dan menambah nilai orang lain yang hampir dengan kita. Sebagai manusia kita perlu bersyukur kerana dikurniakan hati dan minda yang sebenarnya boleh dikawal oleh kita sendiri. Apa yang kita nak ubah? Ubah diri kita dulu, barulah sekeliling kita turut berubah. Contohnya jika kita nak berubah jadi JUTAWAN, kita kene ubah cara kita berfikir, cara kita berkawan, cara kita menuntut ilmu. Orang kata kalau nak bau wangi setiap hari, berkawan la dengan si penjual minyak wangi. So kita terpaksa WANGI. Betl ke betul. Saya suka kaitkan perubahan diri saya ke arah minda JUTAWAN. Bila saya menjadi JUTAWAN, berapa ramai orang yang saya dapat membantu menambah nilai hidup mereka. menggembirakan mereka. Sebenarnya untuk sesuatu berubah, ubah lah diri kita dulu. Berubah sedikit demi sedikit. Lama-lama menjadi bukit. Lagi teruk dari tak berubah lansung kan. Semoga Allah sentiasa hadirkan HidayahNya untuk kita sentiasa memperbaiki diri kita setiap hari. Salam sayang Azura Ruseli

Monday, 7 October 2013

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah. Sangat bersyukur ke hadrat Illahi kerana akhirnya tercipta sebuah diari dan rumah maklumat dari diri saya Azura Ruseli. Salam perkenalan buat semua yang sudi singgah dan membaca blog saya. Sharing, educating and adding more value to others. Sharing is caring kan. Kongsilan segala apa yang kita ada. Apa yang kita miliki sekarang bukan hak mutlak kita sepenuhnya. Semuanya datang dari Allah. Lagi banyak kita memberi lagi banyak Allah akan ganti. Itu janji Allah. Segala info, tips dan panduan yang ada dan dirasakan berguna yang saya kongsikan di dalam blog ini, saya halakan untuk kegunaan bersama. Dengan kerendahan diri saya memohon seribu kemaafan sekiranya segala perkongsian saya da menyinggung mana-mana pihak dan mendatangkan ketidselesaan kepada anda semua. Tegurlah saya kerana saya manusia yang tidak lari dari kesilapan. Akhir kata semoga anda gembira dengan perkongsian saya dan jika ianya bagus mohon disebarkan. Salam sayang Azura Ruseli