Pernahkah sekali kita memahami alam?
Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan?
Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang?
Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan.
Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam?
Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu?
Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Contohnya Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan. Sentiasalah bersangka baik kepada Tuhan. Seperti mana apabila dihilangkan matahari dan didatangkan guruh serta kilat, bahkan diikuti pula dengan hujan ribut yang membadai ombak. Kelihatannya dasyat dan menakutkan. Kita tak tahu rupanya pelangi bakal menjelma.
Telah diriwayatkan kepada kita, Tuhan mengatakan “Aku adalah seperti sangkaan hambaku.” Jika kita menyangka yang buruk-buruk kepada Tuhan, maka buruklah jadinya. Sebaliknya jika kita berfikir positif dan sentiasa bersyukur, pastinya Allah itu hampir, lebih hampir daripada apa yang kita sangkakan. Sekali lagi telah berkata Tuhan,
“Sesungguhnya telah Kami jadikan manusia dan Kami ketahui apa-apa yang diwas-waskan (dibisikkan) oleh hatinya dan Kami lebih hampir kepadanya dari urat lehernya sendiri.” [Qaf : 16]
Salam Sayang
Kakjurra
The FBO of Putrajaya
No comments:
Post a Comment